Abdullah bin Kathir menceritakan kisah Hajjaj bin Yusuf ketika masa remajanya, sebelum beliau terkenal dan memegang jabatan apa-apa . Hajjaj pernah solat di samping Said bin Al-Musayyib di Madinah. Hajjaj selalu tergopoh gapah dalam solatnya, sehingga dia bangun dari ruku' sebelum imam bersujud dan bangun ketika imam masih sujud. Sebaik saja solat selesai, Hajjaj telah bergerak untuk bangun, tapi Said bin Al-Musayyib segera menjerat lehernya dengan kain sorbanya. Hajjaj meronta untuk beredar, tapi Said terus menahannya sambil berzikir. Jadilah Hajjaj seperti kambing yang sedang ditambat, tidak dapat lari.
Setelah selesai wirid, Said memandang muka Hajjaj sambil berkata: "Wahai pencuri (dalam solat), wahai pengkhianat! Engkau mengerjakan solat semberono seperti itu? Aku tampar muka engkau dengan sorban ini, baru tahu!"
Hajjaj tidak menjawab, dia meninggal diri masjid dan terus pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Beberapa tahun kemudian, Hajjaj dapat memegang jabatan tinggi dan terkenal sebagai penguasa tegas dan keras. Hajjaj berulang alik ke Madiah setelah mengalahkan dan membunuh Abdullah bin Zubair dalam suatu peperangan di sekitar Masjidil Haram, Makkah. Suatu hari, dia melihat Said Al-Musayyib sedang mengajar di majlisnya, lalu meluru ke dalam dan duduk di samping ulama Tabiin itu. Pada mulanya orang-orang yang hadir di majlis itu merasa khuatir pahlawan kejam itu akan mengganggu al-Musayyib.
"Engkau yang mengajar di sini? tanya Hajjaj.
"Ya, saya," jawab Al-Musayyib sambil menepuk dadanya.
"Saya mengucapkan banyak-banyak terimakasih atas teguranmu dahulu itu. Selepas itu, setiap saya mengerjakan solat, selalu teringat kepadamu." kata Hajjaj kemudian pergi.
Rabu, 24 Oktober 2007
Related Posts:
Sedekah Yang paling MurahAbu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lep… Read More
LELAKI TIDAK DIKENALWanita itu dilihatnya menggendong bekas berisi air pada punggungnya, sedang menuju rumahnya. Tersentuhlah hatinya melihat keadaan dan kelemahan wanita itu, lalu diambilnya kirbat itu dari gendongan si wanita beralih ke atas p… Read More
MENANGKAP PENCURI SOLATAbdullah bin Kathir menceritakan kisah Hajjaj bin Yusuf ketika masa remajanya, sebelum beliau terkenal dan memegang jabatan apa-apa . Hajjaj pernah solat di samping Said bin Al-Musayyib di Madinah. Hajjaj selalu tergopoh gapa… Read More
SUNGAI YANG TUNDUK ATAS PERINTAH SAIYIDINA UMAR IBNUL KHATTABTatkala negeri Mesir mula ditaklukan oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gubernur di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As meman… Read More
KudaSuatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya."Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain."Apakah kecacatan kuda ini?… Read More
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar