Suatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya.
"Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain.
"Apakah kecacatan kuda ini?" tanya Abdullah.
"Tidak boleh mengejar musuh dan tidak boleh lari dari musuh. Ia akan duduk tetap di tempatnya." ujar pembeli menghina kuda yang murah itu.
"Kalau begitu, kuda ini sungguh bernilai" kata Abdullah sambil berlalu dari situ.
Kuda hina yang dianggap bernilai oleh Abdullah itu akhirnya dibeli oleh anak muridnya. Ketika berlaku perang, dai maju ke medan dengan menunggang kuda itu dan ternyata, ianya berfungsi dengan baik sekali.
Mendengar berita itu, Abdullah bertanya muridnya, "Sudahkah engkau mencuba kecacatannya?"
Dengan jujur, muridnya menjawab, "Betul kuda itu sebagaimana yang tuan guru ceritakan. Ketika saya membeli kuda itu, saya membisikkan ke telinganya 'Hai kudaku, sesungguhnya aku telah bertaubat meninggalkan dosa, maka hari ini, kau harus meninggalkan cacat celamu," kata murid itu. Mendengarkan bisikannya itu, kuda itu menggerak-gerakkan kepala seolah-olah menjawab, "Aku telah meninggalkan dosa,"
Kepada gurunya, murid itu meneruskan cerita, "Di sini aku mengerti bahawa cacat cela itu bukan datang dari kuda, tetapi datang dari pemiliknya. Akibatnya orang kafir itu harus turun dari kudanya. Orang yang zalim seperti juga orang kafir, akan dilaknati oleh kudanya."
Kepada gurunya, murid itu menghuraikan firman Allah dalam surah Hud ayat 8 yang bermaksud : "....ingatlah, kutukan Allah akan ditimpa pada orang-orang yang zalim,"
Dalam ayat tersebut dikatakan, apabila Allah melaknati orang-orang zalim, seluruh miliknya termasuk kudanya akan sama dilaknatinya. Tak hairanlah jika kuda itu ikut melaknati tuannya yang zalim dan kafir itu. Begitu juga laknat yang menimpa orang munafik dan takabbur, sehingga terpaksa mengalah dan turun dari kuda tungganggannya
Rabu, 24 Oktober 2007
Related Posts:
Khutbah Rasulullah SAW Menyambut RamadhanKhutbah Rasulullah SAW Menyambut RamadhanImam Ali ibn Musa al-Ridha AS meriwayatkan berdasarkan rangkaian perawi dari kakek-kakeknya dari Imam Ali AS bahwa Rasulullah SAWA menyampaikan khutbah berikutketika datangnya bulan Ra… Read More
Suara yang Didengar MayatYang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu: 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.Maka… Read More
PEMBANTAIAN KELUARGA BESAR RASULULLAH SAW.PEMBANTAIAN KELUARGA BESAR RASULULLAH SAW.Setiap peristiwa besar dan penting, yang dilakukan oleh tokoh-tokoh besar dan penting pula, sudah pasti mengandung pelajaran-pelajaran berharga yang dapat diambil dan dimanfaatkan seb… Read More
Kisah Di Balik Solat 5 WaktuKisah Di Balik Solat 5 Waktu Ali bin Abi Talib r.a. berkata; Sewaktu Rasullullah S.A.W. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: "Ya Muha… Read More
malaikat maut melihat seseorang 24 jam sebanyak 70XBETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaika… Read More
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar